Monday, September 8, 2008

Laporan memikat



Bakri Batu 7 adalah merupakan tempat yang dipenuhi dengan pelbagai tanaman terutama kelapa sawit. Namun lokasi tempat mikat yang saya pergi ini agak ke dalam sikit dan lapang. Kebetulan abang saya, Serunai Faqir, balik kampung. Maka saya mengajak dia pergi sekali untuk merasa pengalaman mikat kerana saya tahu dia pun berminat juga dengan seni memikat tekukur ni. Jadi, selepas asar, kami beransur dari bandar menuju ke Bakri.

Lokasinya tidaklah jauh sangat dari rumah saya, lebih kurang setengah jam kami sampai di sana. Mulalah saya mengeluarkan burung untuk dibawa bermain di situ. Kawasan telah dikesan, pantas racik di pasang atas tanah.

Lama juga baru tekukur yang dipasang mahu berbunyi, maklumlah tekukur yang baru dilatih bermain. Paling risau adalah terpaksa bergerak agak jauh sedikit dari tekukur. Bimbang juga takut ada ular atau biawak yang mengintai burung yang senyap itu. Puntung rokok sudah berbatang bergelimpangan di atas tanah, namun tiada lagu yang termuntah dari paruh permainan. Tapi penantian kami berbaloi apabila ia mula mengukur dengan cantik. Alhamdulilah ada sambut, bagaikan gayung bersahut, beberapa tekukur hutan/liar mula melayangkan suaranya. Makin lama makin enak didengari. Saya agak teruja dengan suasana.

Abang saya mula bertanya apa cerita yang akan terjadi? Akhirnya ada seekor burung hutan yang menyahut panggilan dan dengan beraninya terbang ke arah racik yang sedia ternganga. Prrrrr ... Rupa-rupanya tekukur yang menyahut cabaran - celir racik! Ah, agak kecewa saya apabila mendapati keadaan tersebut. Tekukur hutan terus terbang bagaikan sedar akan bahaya yang menanti seandainya ia terus menyahut cabaran tekukur yang masih mendayu-dayu memanggilnya. Dibiarkan sahaja ia terus berbunyi dan akhirnya kami yang kebosanan. Terkpaksalah saya menutup 'kedai' lebih awak dan beransur pulang. Walaupun tiada 'mangsa' yang dibawa, semangat juang saya terus membara dan akan kembali ke tempat itu semula.

Mana tahu ada rezeki yang menanti di situ pada lain hari. Insya-Allah saya akan memaparkan lagi aktiviti saya memikat burung nanti.

5 comments:

Anonymous said...

Tahniah saudara Layang Mas...
dalam dunia sekarang tak terfikir saya akan hobi warisan Memikat Terkukur ini boleh ''berada'' di alam cyber...
beruntung saudara berada hampir dengan ''laman memikat''dapat memikat selalu bila kelapangan.
selamat berpuasa.

MD_

long said...

tahniah saudara LM.memang baik sekali blogg ni.tambahkan lagi gambaq2 yg menarik bagi cantik & syok di lawati

long

ahadancoach said...

selamat menulis dan membuat anjakan paradigma baru...jiwa harus baru mental harus baru dan tindakan harus baru....Tahniah

shahdyboys said...

Selamat sejahtera.
Baru nak mula main pikat terkukur malang nya sampai sekarang belun mempunyai pemikat yang baik , kalau tuan ada pemikat yang nak dijual bolih hubungi saya di alamat ( karibus@yahoo.com )

Sekian terima kasih

Anonymous said...

salam....

orang baru dalam dunia nih...
mencari rakan "memikat burung" di sekitar johor bahru....

Blog Widget by LinkWithin